Thursday, 17 January 2013

TRULY FRIENDSHIP





Friendship ? Korang tahu kan apa itu friendship ? Sini sikit Aqib nak bagitahu kawan macam mana kita perlu ada dan kenali supaya kita semua jumpa seseorang (SAHABAT) yang benar/tepat kay :)

✈ Sahabat akan mengajak kita melakukan kebaikan, seperti ajak membuat perkara berfaedah seperti membaca buku, belajar, solat, masjid mendengar ceramah dan sebagainya. Bukan kawan yang ajak pergi club, shisha, buang masa dengan melepak setiap masa. Boleh nak melepak, tapi biar berpada lah. Ini tak, setiap hari, setiap masa. Habis pelajaran kita, HANCURR pun boleh jadi ! :(
 
✈ Kawan (SAHABAT) yang sebenar adalah sahabat yang akan sentiasa ada bersama kita di sisi saat kita susah atau senang. Betul ? Tapi sayang, sekarang ni ramai kawan yang ada bila senang, bila kita susah ? Semua lari nyorok bawah tanah. WhattheChocolate lah diorang . Haha. 

 ✈ Kawan tak akan ajak kita buat benda tak senonoh , contohnya ajar kita merokok. Dah lama sangat hidup? Bersyukurlah Allah bagi nyawa yang panjang, STOP SMOKING ! Haa, then kawan ajak tengok PORNO. Apaa? Taktahu apa itu PORNO? PORNO tu video LUCAH ! Selisih Nauzubillah. Kawan macam ni harus di sunat banyak kali -..- HAHA.

✈ Kawan tak akan tikam belakang kita , jentik pun tak ! Haa ! Ini baru kawan. Ini tak, bila kita ada awek cun atau pakwe handsome , mulalah mereka keluarkan perangai gatal diorang nak mengurat. Makwe/pakwe okay lagi. Kalau SUAMI/ISTERI kita?! Bukan tu je, lagi satu kawan yang suka MENGUMPAT atau MENGANIAYA kita sendiri ! Ini kah KAWAN ? Tak ! ini sama macam LAWAN ! Tak pernah hargai kita ke apa ? *Sedih* :(

Haih, Nak di pendekkan cerita, kawan yang sebenar ialah SAHABAT. Sahabat yang baik akan sentiasa di sisi kita saat kita perlukan dia, tak menganiaya kita, tak memburukkan kita, tak mengaibkan kita dan sebagainya. Korang yang kawan dengan tak sepatutnya tu, tolong lah nasihat kan diorang or jangan cepat sangat terhasut atau lebih baik, jangan kawan macamtu supaya IMAN dan AKHLAK kita terpelihara.

Hmm , Aqib dulu pun pernah terpesong. Sedih sangat dengan LIFE Aqib masa tu. Mak Ayah cukup ajar Aqib, tapi Aqib tetap pilih jalan yang SALAH. Ini semua, sebab IMAN yang lemah dan silap dalam memilih KAWAN sebab suka menghasut buat benda bukan-bukan :'| Ya Allah, lemah betul IMAN Aqib masa tu. Bila ingat balik, nak menangis rasanyaaa T.T Hmmm, tapi Alhamdulillah, Aqib cuba untuk berubah. Lepas ni tak nak jadi yang macam dulu. Nak jadi lebih BAIK ! MUSLIM yang berjaya ! PEMIMPIN yang di contohi ! Yeaaaah ! Korang doakan Aqib okay? InshaAllah, May Allah bless you guys <3 :*

Okay, sampai sini jee post ini, hope membawa sedikit manfaat untuk korang, INGAT ! Pilih lah KAWAN bukan LAWAN ! Jangan ikut cara diorang yang SALAH. Ikutlah apa yang di AJAR oleh IBUBAPA ! Kawan boleh di ganti, Keluarga ? Ya Allah, tak boleh di ganti tauuu :')

CINTA HATI KU :') ILOVEYOU SAYANG !

ASSALAMUA'LAIKUM :D

Heyyy babeee ! Welcomee to my next post :3 Harini aku nak cerita tentangg CINTA HATIKU.
Actually aku dengan dia dah lama sangat bersama. Aku tak boleh hidup tanpa dia di sisi aku.
Aku terlampau sayang dia weyyy :( Bila aku tengok dia, aku taknak lepas dia. Hmmm. 
Kami memang saling cinta mencintai sampai tak boleh berpisah. Sorry selama ni secret kan dari korang.
So today, aku akan memperkenal kan CINTA HATIKU , yang dah LAMA kami DECLAREE :') 




SO...... I INTRODUCE TO GUYS MY SWEETHEART THAT I REALLY LOVE IS......
|
|

|

|

|

|
|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

V


Haaaaa ! Ini lah first date aku ! Ini lah CINTA HATI AKU ! Muehehe ! Haaa frust koranggg baca post ni :P Kihkih ! Alaa bukan ada orang jealous pun kann? Hahaa ! K actually ini jokee jee, bukan dengan dia.
Kali ni, pict betul aku tunjukkan kat korang okayy? Tak tipuu punyaaa :')

|

|

|

|

|
|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

|

V


TADAAAAAA ! 
Ini lahh kekasih CINTA HATI aku sebenar nyaaaaa. HAHA !
Kena tipuu lagi :P Frust tak? xD K , aku suka makan ni.Seriouslyyyy.
Bayangkan lah kalau korang ambil STRAWBERRY dari LADANG CAMERON HIGHLAND tu,
korang cicah dengan CHOCOLATE dari kilang CADBURRY/BERYL'S.
then masuk dalam mulut korang, korang kunyah. rasa manissss, masamm. Perghhhh sebatiii ! T.T



Okayyy sampai di sini sahaja ! Thanks buang masa baca post entah apepe ni, btw aku TAKEN tau ! Tak SINGLE. ini CINTA HATIku. Mohon CRUSH sekalian untuk CEMBURU ? -_- *perasannnnnnn* 

Wednesday, 16 January 2013

Tutorial Follow and Dashboard !

Assalamua'alaikum ! Haih, 2 jam okay Aqib cari macam mana nak buat FOLLOW button ni ! Akhirnyaaaaa ! Aqib jumpaa. *Hembus nafasss lega* Hikhik. So, Aqib nak share juga lah kat korang yang newbie macam Aqib. Okay ? Tapi ini simple gila gila gila tapi tak gila lah . HAHA



CONTOHNYA :




Haaaa, simplee je kannnn ? Okay ini stepssss nyaa ! :D

Number 1 :  Dari dashboard click "layout" , click "add a gadget " and click "HTML/javascript" !


Number 2 : Copy dan paste lerrr codee di bawah ni kat NotePad kat komputer you all :3

 <div style="position: fixed; top: 5px; right: 90px;"><a class="linkopacity" href="http://www.blogger.com/follow-blog.g?blogID=ID BLOG ANDA" target="_blank" rel="nofollow" title="Follow !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img src="http://3.bp.blogspot.com/-feYAFwQF-GM/TtOSBVXcMmI/AAAAAAAAHvk/GH1PZPVvU7c/follow.png" border="0" /></a><div style="display:scroll; position:fixed; top:5px; right:2px;"><a class="linkopacity" href="http://blogger.com/home" target="_blank" rel="nofollow" title="Dashboard !" imageanchor="1" style="margin-left: 1em; margin-right: 1em;"><img border="0" src="http://4.bp.blogspot.com/-N61PPu_1haE/TtOSBZgZikI/AAAAAAAAHvc/vIEC_dYpIVo/dashboard.png" /></a></div>

Number 3 :K good, then , korang pergi dashboard korang. Copy ID then paste kat "ID BLOG ANDA" ! 


Number 4 : Korang copy lerr balik HTML kat Notepad tuu, then PASTE kat HTML/javascript tu.

Number 5 : Tekan SAVE anddddddd TADAAAAAAAAAAAAAAAA !!!! :D

TIPS menghadapi UPSR / PMR / SPM ! :)

      
 
Assalamua'alaikum ! Haa haaa ! Exam exam exam ! :D Aqieb, nak bagi sedikit tips tentang menghadapi SPM ! Waaaa aqib pasti korang semua tengah takut / nervous dan sebagainyaaa. Aqib pun dah berpengalaman and merasa macam mana rasanya bila nak dekat exam, lagilagi SPM. SubhanaAllah, nervous betul ! Jantung ni, berdegup tak berhenti. HAHA. So, hereeee the tipsss ! :)

SEBELUM EXAM ! :D

Number 1 : Jangan lupa solat ! Solat tu penting, berdoa lah bebanyak agar kita dipermudahkan untuk meningati segala apa yang kita pelajari. InshaAllah :)

Number 2 : Haaa ! Jangan nak selalu sangat online facebook/twitter/ask.fm dan sebagainya.

Number 3 : Baca buku dan buad revision balik apa yang cikgu ajar kat sekolah. Buat latihan bebanyak okay !

Number 4 : Haaa ini mesti susahhh korang nak buad kan ? Hmm. tinggalkan atau jangan terlalu taksub dalam mengejar cinta. Ia akan membuat kan korang semua lalai dalam pelajaran. Percayalah, cinta itu akan hadir, dan yang hadir itu adalah Jodoh, InshaAllah :)

Number 5 : Jaga pemakanan. Haa rerajin lah makan buah-buahan dan sayur-sayuran supaya otak kita cerdas, badan pun cergas dan sihat ! Jauh penyakit woooooo :3

Number 6 : Minta maaf dengan rakan dan orang sekelilinggg  :)

MASA EXAM :

Okay, ini cara Aqib selalu buat. Ini pun dari nasihat dari guru-guru. InshaAllah ia dapat membantu koranggg.

Number 1 : Bangun pukul 4 pagi, korang mandi leee dulu, then, solat Hajat. lebih afdal buat dalam pukul 2. Dah siap, terusss ambil buku, study sekali imbass jeee ! Kalau sempat, baca Yassin atau dengar Yassin.

Number 2 : Nak pergi sekolah? Ehhh ! Jangan lupaaa minta maaf kat parents, dan minta dorang doakan kita. As we know, Doa mereka membawa banyak berkat dan BISMILLAHIRAHMANIRAHIM sebelum keluar rumah :)

Number 3 : Dah sampai sekolah, jangan mengada-ngada buka buku, paksa otak untuk baca lagii ! Kurangkan gelak kayy, kalau nak gelak juga, tampar muka korang sendiri :P Haha .

Number 4 : Sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W :)
Number 5 : Sebelum masuk dewan, baca BISMILLAHIRAHMANIRAHIM. Masuk dengan kaki kanan. Masa itu, tenangkan diri. Ingat Allah S.W.T :)

Number 6 : Baca doa sebelum jawab soalan ! Doa itu senjata bagi umat islam , kan ? :)

Number 7 : Apaa dia ? Soalan susah ? Tak dapat jawab ? Haaa, go to the next question. Dah siap semuaa yang boleh dijawab. Jawab balik soalan susah. Apaa dia ? Tak dapat jawab juga ? Baca doa ni sebanyak 3 kali. HAFAL ! :D

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit)
 
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)
Number 8 : Selesai jawab exam, ucap ALHAMDULILLAH.

SELEPAS EXAM 
Ingat dah habis exam, boleh lepak lepak apa semua? Haih. Amalkan ini :)

Number 1 : Solat tetap jangan tinggal ehhh ! Itu WAJIB bagi umat ISLAM.

Number 2 : Sentiasa solat hajat okay ?

Number 3 : Baca doa ini sebelum tidur sampai lah keputusan keluar, InshaAllah :)

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh

#Pssssst ! Okay thanks ! Hope tips ni berguna untuk korang semua okay? InshaAllah, bagi mereka yang berusaha pasti Allah berikan kejayaan. InshaAllah , Allah maha Adil, :)